Lawatan Pentauliahan Pindaan Kapasiti oleh JPK
17 Januari 2023: Lawatan Pentauliahan Pindaan Kapasiti oleh JPK
AWISAR telah menerima lawatan daripada Panel Pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi tujuan Pindaan Kapasiti untuk program Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam Tahap 3.
Panel yang hadir telah mengesyorkan supaya kapasiti program kimpalan tahap 3 di AWISAR ditambah daripada 50 kepada 75 pelatih.
AWISAR mengucapkan ribuan terima kasih kepada JPK atas pengesyoran tersebut dan juga kepada semua pihak yang terlibat atas kejayaan ini.